loading...

Dua Ditahan, Rancang Serang Kedutaan Myanmar

JAKARTA – Polis Indonesia menahan dua lagi anggota kumpulan militan yang merancang mengebom bangunan kerajaan dan kedutaan Myanmar.

 

 

Awal minggu ini, seorang pembuat bom sudah ditahan, kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar, hari ini.

 

 

Beliau berkata, semua suspek adalah anggota Jamaah Ansharut Daulah, kumpulan militan yang menyokong Daesh.

 

 

Awal minggu ini, polis menahan Rio Priatna Wibawa, 23, di rumahnya di Majalengka, Jawa Barat dengan sejumlah besar bahan membuat bom, dipercayai akan digunakan dalam serangan bulan depan.

 

 

Boy berkata, semalam dan hari ini, polis menahan dua rakan suspek yang didakwa menderma wang membeli bahan letupan dan membantu menubuhkan makmal membuat bom.

 

 

Indonesia sudah beberapa kali mengalami serangan daripada rangkaian militan menyokong Daesh pada tahun ini, serangan terbesar membabitkan senjata dan bom di ibu kota ini, mengorbankan empat orang Januari lalu. -Reuters/BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...