loading...

Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Terbakar

KUALA LUMPUR: – Wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru di sini dilaporkan terbakar pagi tadi.

 

Menurut laporan, kejadian berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi.

 

Menerusi satu muat naik video dan gambar yang di muatnaik di media sosial, asap tebal kelihatan di wad di tingkat dua bahagian selatan ICU.

 

Pesakit-pesakit hospital tersebut dibawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan.

 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Sulaiman Salleh mengesahkan bahawa usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

 

Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru juga mengesahkan menerima panggilan berhubung kebakaran itu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...