SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta umat Islam tidak berkiblatkan media sosial sehingga menolak sama sekali prinsip ‘tabayyun’ yang berasaskan kebenaran.
Beliau yang membacakan teks ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 disini, malam tadi berkata, prinsip ‘fiqh tabayyun’ ini perlulah diperdanakan supaya menjadi bidang ilmu yang dikuasai umat Islam amnya.
“Setiap maklumat yang kita perolehi seharusnya dinilai dan disiasat kesahihannya dan tidak menjulang ‘fitnah’ sebagai kebenaran.
“Alim ulama seperti Ibn Kathir dalam tafsirnya mengingatkan kaum mukmin meneliti sesuatu berita, malahan berhati-hati dengan perkhabaran yang disampaikan oleh orang fasik,”katanya.
Katanya, media sosial sudah berubah lanskap iaitu hampir 20 juta rakyat mengakses internet secara konsisten. Lebih 18 juta pengguna aktif Facebook. Hampir 42 juta aktif mobile subscriptions.
“Rakyat Malaysia menonton lebih banyak video di Facebook berbanding masyarakat dunia (jika angka purata dunia 102 minit, kita 159 minit,”katanya yang mengakui Malaysia merupakan berada pada kedudukan tertinggi di dunia ‘video consumption’ melalui Facebook malah, tertinggi di Asia Tenggara.
Beliau berkata, sebagai kerajaan apakah ada pilihan? Angka dan statistik tersebut memberi gambaran rakyat maya (netizen) amat berpengaruh sekali. Apakah mampu kerajaan meminggirkan media sosial? soalnya.
Memetik ucapan itu lagi Jamil Khir berkata, prinsip Islam mencerna informasi dan pandangan tidak boleh digantikan dengan falsafah ringkas dan simplistik iaitu jika sesuatu itu viral maka itulah ukuran kebenaran. Sedangkan pada hakikatnya, fitnah dan cerita sensasi itu sebenarnya mendatangkan mudarat kepada masyarakat.
Tambahnya, kita tidak boleh mngikut politik langkau kebenaran yang dibuat oleh barat.
“Sekarang ini di negara barat heboh memperkatakan bahawa kita di zaman era politik yang disifatkan sebagai ‘post truth politics’ (politik langkau kebenaran). Fakta kebenaran dan kesahihan berita, data, ekonomi, statistik dan sebagainya kurang penting.
“Yang lebih penting bagi ‘post truth’ adalah wujudkan persepsi dan rasa kebenaran. Dimana prinsip itu mementingkan untuk menjual pengaruh walaupun terpaksa menyebar fitnah. Manipulasi data ini dikatakan menjadi punca mengapa inisiatif ‘Brexit’ berjaya di England,”katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW