Penyanyi Rihanna memohon bantuan peminatnya untuk mengesan salah seorang penarinya, Shirlene Quigley, 32, yang hilang pada awal pagi Ahad lalu.
Shirlene Quigley yang berasal dari North Bergen, New Jersey, telah menjadi penari kepada Rihanna dalam beberapa persembahan serta klip video untuk lagu ‘S.O.S.’.
Quigley juga merupakan penarik kepada Beyonce, Missy Elliot dan Jamie Foxx.
Rihanna memuatnaik mesej dan gambar Quigley dalam instagramnya pada Isnin dengan meminta mereka yang mengetahui di mana Quigley berada supaya menghubungi jabatan polis di North Bergen.
Quigley, yang bekerja sebagai guru tari di Peridance Capezio Center dan Broadway Dance Center di Manhattan, dilihat kali terakhir menaiki bas di Port Authority Bus Terminal di New York pada pukul 1 pagi.
Namun tidak diketahui ke mana arah tujunya. Bapanya, Brad Quigley berkata anaknya itu sering menghubunginya pada pukul 6 petang namun selepas dia gagal berbuat demikian, Brad menjadi bimbang.
Telefon bimbit Quigley ditemui di kedai menjual gaun pengantin di Chelsea. Tidak diketahui kenapa wanita itu berada di kedai terbabit.
“Apa yang peliknya, jika dia hendak berkahwin, sudah pasti dia mahu saya dan ibunya berada bersama. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata Brad kepada New York Post.
Dalam pada itu, rakan-rakannya pula memberitahu Quigley berkelakuan pelik dan telah menghantar mesej yang sama-samar sebelum menghilangkan diri.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW