loading...

Polis Nafi Isteri Wakil Rakyat Diculik

KUCHING- Isteri seorang wakil rakyat di negeri ini yang didakwa hilang sejak semalam, disahkan selamat.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata wanita terbabit hanya lewat pulang ke rumah.

 

Bagaimanapun, Dev berkata, kejadian itu juga mempunyai kaitan dengan masalah keluarga.

 

“Dakwaan mengatakan beliau diculik adalah tidak benar,” katanya, memetik BH.

 

Wanita terbabit didakwa tidak muncul di sebuah daerah di negeri ini selepas menaiki penerbangan dari Kuching, semalam.

 

Berikutan itu, ada yang mendakwa beliau menjadi mangsa culik malah difahamkan menerusi mesej aplikasi Whatsapp, ahli keluarganya turut meminta orang ramai mendoakan keselamatannya.

 

Wakil rakyat itu bagaimanapun sehingga kini gagal dihubungi untuk mengulas isu terbabit.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...