loading...

Nelydia Senrose Akui Tak Serik Bercinta

Sebelum ini, Nelydia Senrose pernah menyatakan bahawa cintanya bersama Qi Razali sudah berakhir walaupun ada desas desus mengatakan bahawa mereka masih bersama dalam diam. Namun bagi pelakon wanita ini, dia tidak serik untuk bercinta lagi.

BACA: Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

“Ketika itu memang rasa tertekan dan kecewa akibat putus cinta. Saya menangis, duduk dalam bilik kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Maklumlah, kita harapkan pengakhiran yang baik dengan perhubungan itu, tak sangka pula ia tidak kesampaian”

“Jika ingat semula rasa macam putus harapan pun ada. Apabila orang bertanya, kita mungkin boleh tipu orang lain yang kita okey, tetapi hakikat sebenar rasa keseorangan dan sunyi. Rahsia Allah itu besar. Mungkin Allah mahu menguji saya. Bahkan apa yang berlaku ini menjadikan saya lebih matang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Nelydia, hatinya masih terbuka menerima kehadiran cinta baru namun ketika ini dirinya sedang seronok menjalani kehidupan sebagai wanita solo yang tidak terikat dengan mana mana komitmen dalam perhubungan.

“Sekarang saya tengah seronok menjalani kehidupan solo tanpa terikat dengan mana-mana perhubungan. Kalau dahulu, ada orang tempat saya berkongsi cerita dengan orang tersayang, tetapi kini saya banyak berkongsi apa jua dengan ahli keluarga sendiri”

“Saya masih ada keluarga dan merekalah saya letakkan sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukan,” kongsi Nelydia. Jadi buat jejaka di luar sana, masih ada lagi peluang untuk anda mencuba. Heh. (rtky/s)

8-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 7-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 6-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 4-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 3-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 1-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...