loading...

Ayda Jebat Artis Paling Popular APM 2016

SINGAPURA: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat muncul Artis Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2016, di sini, malam ini, menewaskan bintang Singapura dan Indonesia.

 

Ayda yang popular dengan lagu Pencuri Hati mengetepikan pencabar seperti Afgan, Yuna dan Taufik Batisah, yang turut dicalonkan dalam kategori sama.

 

“Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. “Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia,” katanya.

 

Ayda kelihatan terkejut dan hampir hilang kata-kata ketika berucap di pentas. Dia menjadi antara bintang yang menarik perhatian ramai dengan pencalonan dalam lima kategori.

 

Pelakon Rindu Awak 200 Peratus itu turut menganggap kemenangan itu sebagai pembakar semangat. Ayda juga mendedikasikan kemenangan itu buat kelab peminatnya AJ Screamers, yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya.

 

Ayda yang terkenal dengan tagline ‘muahciked’ turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial.

 

Sementara itu, Yuna diangkat sebagai penerima Anugerah Rentas Planet atas kecemerlangan kerjaya muziknya yang merentasi pasaran antarabangsa.

 

Yuna mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya melalui rakaman video.

 

“Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan ini anugerah sangat bermakna bagi kerjaya seni saya,” katanya.

 

Yuna tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat (AS). Selain itu, komposer dari Malaysia, S Atan diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas APM 2016.-Bharian

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...