loading...

Miss Iceland Berundur Dari Pertandingan Ratu Cantik Selepas Disuruh Kuruskan Badan

Miss Iceland, Arna Ýr Jónsdóttir telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik Miss Grand International yang berlangsung di Las Vegas selepas diminta mengurangkan berat badan.

Arna menulis `surat selamat tinggal’ di dalam Instagramnya ketika pusingan akhir berlangsung hari ini.

“Saya adalah seorang wanita yang kuat, namun ada kalanya kekuatan saya tidak mencukupi. Kakitangan anda memaklumkan kepada saya supaya mengurangkan berat badan untuk pusingan akhir disebabkan saya mempunyai terlalu banyak lemak dan memiliki bahu yang lebar.

“Mereka memberitahu saya supaya mengurangkan berat badan dan anda akan lebih sukakan saya. Saya memutuskan untuk berundur. Saya telah dipilih sebagai Miss World Iceland. Saya menang pertandingan lain (Miss Em) dan dengan semua kualiti dan pengalaman menarik, saya menyertai pertandingan ini. Empat hari sebelum ke pentas mereka memberitahu bahawa saya terlalu gemuk untuk anda.

“Sebenarnya jika seseorang memberitahu saya gemuk atau apa-apa sahaja, mereka tidak layak dan sebab itu saya berundur. Miss Grand International tidak layak ke atas muka, badan, personaliti dan hati saya.

“Saya amat berharap agar organisasi dapat membuka mata kerana ini tahun 2016 dan jika anda mahu menganjurkan pertandingan ratu cantik antarabangsa, anda perlu melihat kepada kecantikan antarabangsa.

“Di negara saya, badan saya adalah sempurna. Dan itu yang akan saya ingati. Tiada siapa yang akan sesekali memberitahu saya perkara lain,” katanya dalam tulisan yang panjang lebar.

Menurutnya, badannya lebih kepada seorang atlet memandangkan dia adalah ahli pasukan olahraga kebangsaan Iceland dan bahu yang lebar membantunya dalam sukan berkenaan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...