LOS ANGELES – Pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt mencapai persetujuan bersama untuk hak lawatan kepada aktor itu ke atas enam anak mereka.
AFP melaporkan, pasangan yang bakal bercerai itu dipujuk Perkhidmatan Keluarga dan Jabatan Kanak-Kanak Los Angeles yang mana keduanya menjalani kaunseling.
Pitt pula, perlu melakukan ujian dadah dan alkohol.
Jolie mendapat hak penjagaan fizikal enam anak mereka, tiga daripadanya anak angkat, manakala Pitt mendapat lawatan pertama dengan pengawasan pakar terapi yang akan memutuskan bagaimana ia akan diteruskan pada minggu berikutnya.
Pelan itu berkuat kuasa sehingga 20 Oktober dan anak pasangan itu akan kekal bersama Jolie di rumah yang disewa di Los Angeles.
Jolie, 41, memfailkan perceraian pada 19 September lalu atas alasan tidak bersefahaman dan menuntut hak penjagaan kekal anak mereka.
Pasangan itu berkahwin di Perancis pada Ogos dua tahun lalu, dan sudah menjalin hubungan sejak 2004.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW