loading...

Che Ta Akui Diri Kurang Ilmu Perniagaan

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan akui dirinya masih kurang ilmu perniagaan walaupun kini perniagaan yang diusahakan semakin berkembang maju.

 

 

Bahkan menurut Rozita atau lebih mesra di sapa Che Ta, masih banyak perkara yang perlu dikuasainya untuk mengukuh dan mengembangkan lagi sumber rezekinya.

 

 

“Dalam perniagaan, susah jika tiada ilmu. Disebabkan itu, saya ambil pendekatan untuk belajar dan menambah ilmu di dada. Tidak rugi jika belajar dan memperbaiki diri.

 

 

“Apabila kita belajar sesuatu yang baharu, semakin banyak teknik dan taktik perniagaan yang dapat dikutip. Semua ilmu itu membantu saya untuk mengembangkan dan memperluaskan cabang perniagaan pada masa akan datang,” katanya, petik BH.

 

 

Che Ta kini menjalankan empat jenis perniagaan dengan menceburi dunia penerbitan menerusi syarikat produksi, Padusi Pictures, selain fesyen dengan label Padusi, minyak wangi dan produk penjagaan diri wanita.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...