loading...

Burger Babi Nama P Ramly Timbulkan Kekeliruan

KUALA LUMPUR – Gara-gara menamakan menu burger mereka dengan nama ‘P Ramly’ bagi set burger babi, sebuah rangkaian restoran makanan segera ‘tidak halal’ mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.

 

Tinjauan kedai yang telah beroperasi di sebuah pusat beli belah di Damansara itu telah memperkenalkan menu tersebut sejak 31 Ogos lalu, dimana set burger itu dijual pada harga RM9.90 per set, petik BH.

 

Menurut pekerja restoran tersebut, penggunaan nama ‘P’ yang terdapat pada menu tersebut adalah merujuk kepada pork ataupun daging babi yang digunakan sebagai bahan utama di dalam burger tersebut.

 

Manakala ‘Ramly’ pula digunakan kerana mendakwa nama tersebut adalah nama biasa bagi rakyat Malaysia.

 

Seorang pengadu, Jasmin menyifatkan tindakan restoran itu adalah sesuatu yang tidak patut kerana menimbulkan banyak kekeliruan.

 

Malah, terdapat beberapa orang pengunjung lain turut menyifatkan tindakan restoran itu mengelirukan ramai orang terutamanya pelanggan yang beragama Islam kerana ramai yang sangkakan restoran itu ada kena mengena dengan P. Ramlee.

 

Seorang daripadanya, NurHafeezah Che Haludin, 20, mengakui nyaris terbeli set burger tersebut kerana iklan yang dipamerkan menarik perhatian ramai.

 

Sehubungan itu, restoran tersebut turut beroperasi dengan menggunakan food truck dan mempromosikan restoran mereka di laman sosial Facebook.

 

Rangkaian restoran makanan segera itu turut mempunyai cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan, selain cawangan yang beroperasi di Lembah Klang.

 

Sementara itu, Datuk Nadzim Johan selaku ketua aktivis PPIM turut menyifatkan perbuatan restoran itu mengelirukan ramai orang dan tidak mematuhi Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera tentang tersebut.

 

Menurut jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihak JAKIM sedang mengkaji berkenaan isu ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...