loading...

6 Orang Terkorban Dalam Kebakaran Hospital Sultanah Aminah

JOHOR BARU – Sekurang-kurangnya 6 orang terkorban dalam satu kebakaran di Wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah di sini.

 

Majoriti pesakit telah dibawa keluar selepas kebakaran berlaku pada jam 9 pagi tadi.

 

Menurut Asst Comm Sulaiman Salleh, kesemua mangsa adalah pesakit di wad tersebut yang terletak di tingkat 2 hospital tersebut.

 

“Kami dalam usaha untuk memadamkan asap dalam banggunan tersebut dan selepas ia selesai, kami akan mengetahui jumlah mangsa sebenar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

 

Difahamkan pesakit-pesakit dari wad bersalin termasuk pesakit yang baru sahaja melahirkan anak berjaya dikeluarkan dengan selamat.

 

Pada ketika ini, pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha untuk memadamkan kebakaran.

 

Dalam pada itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebook miliknya mengesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat.

 

“Diminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...