loading...

“Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka”

Umum mengetahui tentang kemelut rumah tangga pelakon, Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai baru-baru ini, namun apabila ditanyakan isu ini kepada Nora Danish yang juga merupakan bekas isteri Jejai, beliau lebih senang memilih untuk tidak mencampuri urusan mereka kerana menganggap ia bukanlah urusannya.

BACA: Nora Danish: Terima Kasih Doakan Saya Untuk Berkahwin

“Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah itu,” katanya ringkas kepada Berita Harian Online berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau antara punca keretakan rumah tangga Fasha Sandha yang telah berakhir pada 20 Januari lalu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa Fasha telah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya yang dikatakan sering memasuki rumah pelakon itu tanpa kebenarannya. Kemudian Fasha dilihat telah hadir bersama peguamnya ke Balai Polis Ampang pada awal Mei lalu untuk membuat laporan polis akibat diganggu olehnya.

Terdahulu perkahwinan diantara Fasha telah berakhir apabila beliau dan bekas suami, Jejai bercerai pada penghujung bulan Januari lalu. Namun disebalik penceraian yang berlaku itu, ada pihak yang mendakwa bahawa bekas isteri Jejai, Nora Danish terut terpalit didalam penceraian itu dan seterusnya menjadi punca kemelut rumah tangga mereka. (rkty/w)

1-%22Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka%22 - jpeg 2-%22Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka%22 - jpeg 3-%22Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka%22 - jpeg 4-%22Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka%22 - jpeg 5-%22Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka%22 - jpeg 6-%22Jangan Kaitkan Saya Dengan Masalah Mereka%22 - jpeg
Previous
Next Post »
loading...