Pelumba pecut berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom kini sedang kembali dalam keadaan terbaik apabila mencatat kemenangan dalam acara pecut individu lelaki di Kejohanan Trek Antarabangsa China II di Beijing.
Beliau yang mewakili pasukan Sime Darby Track Team berjaya menumpaskan pesaing dari Korea Selatan Park Jeone di Velodrom Laoshan pada Sabtu. Sebelum ini beliau mengalami jangkitan kuman yang mengakibatkan prestasi di SEA GP di Nilai agak mengecewakan.
Dalam Kejohanan Trak Antarabangsa China yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini memberikan cabaran hebat kerana kategori pecut dan keirin berlangsung pada hari yang sama.
Seorang lagi wakil negara dari Sime Darby Track Team iaitu Fadhil Zonis pula berjaya membawa pulang gangsa dalam acara keirin manakala Azizulhasni sekadar mencatat keputusan no 4 bagi acara pecut dan no 7 dalam acara keirin.
Anis Amir Rosidi yang baharu sahaja mengondol pingat emas pula sekadar berpuas hati dengan tempat keenam dalam acara pecut dan kelapan dalam acara keirin.
Sumber : MSN
Tahniah Ligakampung.com ucapkan kepada Shah FIrdaus. Semoga banyak kejayaan dapat dicapai dalam menuju ke Sukan Olimpik tahun hadapan.
Please follow and like us: