loading...

Mula-Mula Dapat Gambar Scan Memang Rasa Down, Tapi Saya Kena Ready Mental Fizikal

Setiap anak adalah anugerah tidak ternilai buat ibu dan ayah. Menerima berita anak dalam kandungan mengalami klef bibir dan lelangit, ibu ini tidak berputus harap.

Wajihah Hassan, ibu kepada Khadeeja Sofia yang mengalami unilateral cleft lips ini wajar dijadikan motivasi kepada ibu-ibu lain. Dia yang sentiasa positif tidak membenarkan rasa ‘down’ berlama-lama terus membuat persediaan mental, fizikal dan terus berdoa tanpa putus asa.

“Dapat gambar first scan deeja masa 26 weeks sebab masa 22 weeks tu dia tutup muka tak nak tunjuk. Tapi doc yang checkup saya tu dia memang specialist. Even 2D dia dah boleh nampak. Siapa ingat saya pernah upload gambar scan ni dulu tapi dikaburkan

MULA-MULA RASA DOWN & MENANGIS

“Masa ni rasa seram sejuk, menangis, down. Saya col umi, col mak mertua. Kalau tengok gambar scan tu memang sampai ke dalam hidung. Dalam hati saya rasa kesian kat dia..tambah2 tahu baby girl. Terus terfikir macam mana lah dia nanti,” kata Wajihah.

IMBASAN KEDUA JELAS BILATERAL CLEFT
Imbasan kali kedua lebih jelas menunjukkan bayi dalam kandungan mengalami klef bibir dan lelangit. Wajihah dan suami mula membuat pembacaan untuk persediaan mental.

“Gambar scan kedua yang lagi jelas masa buat details scan kat **** nak tengok palate. Masa tu dah 32 weeks. Sangat clear menunjukkan Deeja bilateral cleft. Saya redha dah macam mana pun dia keluar. Nak tak nak saya memang kena ready mental fizikal.

“Tiap kali google pasal baby bilateral cleft lips memang saya menangis. Suami siap cari info daripada A sampai Z pasal ni. Persediaan rapi katanya 😁.”

Artikel berkaitan: Klef Bibir & Lelangit Boleh Berlaku Seawal 4-8 Minggu Kandungan. Tiada Kaitan Mitos Bukan-Bukan

DOA DIKIRIM AGAR ADA KEAJAIBAN
Tidak hanya terus berserah dan rasa berputus asa, ibu ini berdoa dan terus meminta kepada Yang Esa agar keajaiban berlaku.

“Sebelum tu memang saya tiap hari solat hajat, doa, kirim doa kepada sesiapa yang g umrah termasuk umi abah saya dengan harapan semoga ada keajaiban baby lahir normal.”

ALLAH MENDENGAR DOA HAMBA-NYA

Ibu ini bersyukur atas rahmat Allah dan keberkatan doa. Bayi yang dilahirkan bukanlah bilateral cleft tetapi unilateral cleft lips di mana klef yang wujud pada sebelah sahaja.

“Allah dengar doa saya. Saya nak deeja normal tanpa sebarang cleft tapi Allah beri juga baby unilateral cleft lips. Baiknya Allah, no more bilateral macam gambar scan.

“Palate pun tak full. Masih ada sambungan cuma anak tekak Deeja kena sekali. Terbahagi dua,”kata ibu dua anak ini.

TERINGAT MASA DOKTOR MULA-MULA LETAK ATAS DADA

“Yeah! Ini lah Khadeeja Sofia. Anak yang saya paling tak sabar nak lihat. Anak yang saya paling excited beli itu ini untuk persediaan dia lahir sebab masa si kakak business baru nak berkembang.

Ibu ini juga mengimbau kembai saat kelahiran Khadeeja. Saat dikeluarkan dari rahim, tubuh si kecil ini diletakkan atas dadanya. Tak semena-mena air mata sebak menitis melihat bayinya sedang menghisap jari.

“Teringat bila keluar perut doc letak atas dada, dia dah duk hisap jari. Mengalir air mata saya tengok dia..she is cute enough. Rasa nak peluk jer,” kata usahawan muslimah ini.

UJIAN INI MENGUATKAN
Sesungguhnya setiap ujian terselit hikmah. Allah Maha Berkuasa memberikan ujian kepada insan yang mampu melaluinya. Wajihah mengakui ujian ini tidak melemahkannya malah menguatkan dirinya.

“Yang pasti, ujian tu datang bukan untuk melemahkan tapi menguatkan. Tidak ada benda yang Allah atur ni membawa kemudaratan pada diri selagi mana hati redha dan ikhlas dengan apa yang berlaku.

“I love u sayang. 6 bulan pertama dah nak habis. Struggle pula untuk next phase. Mommy simpan sini semua untuk kenangan selepas operation nanti.

You are so perfect for me ❤️ #IamKhadeejaSofia #babycleftlipandpalate

Sumber: ukhti_wajihah

Previous
Next Post »
loading...