loading...

Ibu Guna Anak Tiga Bulan Jadi ‘Umpan’ Mengemis, Hasilnya Buat Beli Dadah

Pernah lihat individu yang mengemis di jalanan sambil membawa bayi? Awas! Anda jangan tertipu dengan individu tersebut kerana majoritinya adalah golongan yang diarah oleh sindiket untuk mengemis.

Bayi tiga bulan diselamatkan dalam Operasi Papa dan Pengemis oleh Jabatan Kebajikan Maysrakat (JKM) Kedah ketika ibunya sedang mengemis di Alor Setar malam Selasa.

Bayi perempuan itu dipercayai menjadi “umpan” oleh ibunya yang berusia 30-an yang juga dipercayai penagih dadah untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Ibu kepada bayi ini mendakwa mempunyai suami yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu selain mempunyai tiga anak yang masih kecil. Dia juga mendakwa bayi perempuan bayi itu lahir hasil anak dengan lelaki lain sebelum berkahwin dnegan suaminya itu.

Sehubungan dengan itu, bayi perempuan itu diambil oleh JKM selepas hasil ujian saringan awal selepas mendapati ibunya positif dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad yang juga menyertai operasi itu berkata, operasi besar-besaran itu berikutan maklumat yang diterima sebelum ini mendapati ada sindiket yang dipercayai mengeksploitasi anak yatim, bayi dan kanak-kanak selain OKU serta warga asing untuk mengemis.

Tambahnya, dalam operasi itu, seramai 16 orang berjaya diselamatkan iaitu tiga membabitkan kanak-kanak, seorang wanita warga emas, dua OKU dan tujuh lelaki dewasa dan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN [Baru Tahu Bestnya Ada Anak, Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak Angkat]

Lima kes dihantar ke Rumah Seri Kenangan, Bedong untuk mendapatkan tindakan mahkamah, manakala empat daripadanya diserah kepada AADK, dua daripadanya dibebaskan dengan amaran, tiga kanak-kanak diserahkan kepada Pelindung Kanak-Kanak Kota Setar dan dua daripadanya diserahkan kepada JIM.

ARTIKEL BERKAITAN [Anak Tengah Batuk, Hentikan Sekejap Makanan Bertenusu & Gula Elak Lebih Teruk]

SUMBER: Harian Metro 

Previous
Next Post »
loading...