loading...

Rasa Kuasa Luar Biasa Bila Aafiyah Ada Bersama, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tetap Berupaya Menyusu Walau Sibuk & Jadual Padat

Dato’ Sri Siti Nurhaliza bawa Aafiyah bersama semasa bekerja di luar negara. Walau pun jadual padat dengan latihan dan nyanyian, komitmen penyusuan susu ibu diteruskan.  Pengalaman ini membuatkan penyanyi nombor 1 Malaysia menghargai semua ibu, tidak kira suri rumah mahu pun yang bekerja.

Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ini adalah kali kedua beliau membawa anaknya, Siti Aafiyah ke luar negara. Terdahulu ialah pada minggu lepas iaitu ke Singapura dan kini ke Jepun pula.

Apabila ke Jepun, beliau melayani Aafiyah, menyusu, berlatih dan menyanyi. Jadualnya tentu padat dan pasti memenatkan. Justeru, penyanyi dan usahawan berjaya ini memuji dan menghargai pengorbanan semua ibu-ibu sama ada suri rumah tangga mahu pun yang berkerja.

Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini memuat naik fotonya sedang menyusukan Aafiyah dengan kapsyen berikut;

ctdkPengalaman kedua membawa Aafiyah mengikuti saya bekerja di luar negara, minggu lalu di Singapura dan kini di Tokyo pula. Beginilah pengorbanan ibu, tiba-tiba ada ‘kuasa’ luar biasa. Layan anak, menyusu, berlatih, menyanyi, saya salute buat semua ibu, baik suri rumah ataupun ibu bekerjaya. 

Netizen memberikan sokongan kepada ibu ini untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Ada juga  mengusik kerana geram dengan kecomelan kaki Siti Aafiyah yang kelihatan dalam foto tersebut.

Sumber: ctdk

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...