BATANG KALI – “Kita nak tahu bagaimana Adam dapat duit sebegitu banyak. Kalau Adam pun begini kaya tidak mustahil ‘bosnya’ juga lebih daripada Adam,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mempertikaikan dari mana Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam mendapatkan sumber kewangan sehingga mampu membeli rumah bernilai jutaan ringgit.
Beliau yang mempersoalkan status adam yang menjadi jutawan di usia muda itu turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat samada jutawan muda itu turut terlibat dalam isu rasuah.
“Macam mana dalam masa sekelip mata, daripada tiada kepada ada. Kalau dia itu daripada keturunan kaya raya ataupun dia daripada ahli silap mata dapat keluarkan duit daripada langit dengan segera kita tidak hairan.
“Tetapi kalau dibaca daripada latar belakangnya sedih. Kita tidak mahu melihat kesedihan dia di masa lampau tetapi cara dia dalam sekelip mata boleh dapat sumber dan mempunyai harta yang boleh kita tafsirkan oleh media pada hari ini sampai berjuta-juta dapat beli rumah kita hairan. Kita nak tanya dia mana dia dapat duit itu?,”katanya yang turut menyifatkan Malaysia kini berada dalam tahap negara maju kerana pemuda Melayu berjaya menjadi jutawan dengan sekelip mata.
Terdahulu, Adam mengulangi bahawa harga rumahnya di sini bukanlah berharga RM7 juta di Ibu Pejabat PKR Ampang, di sini hari ini.
perkara itu diulangi bagi menjawab dakwaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menuduhnya memiliki kekayaan luar biasa.
Pemimpin 28 tahun itu memiliki banglo ala Disneyland dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW