BATANG KALI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan menggunakan majlis Raja-raja.
Beliau berkata, isu BN mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Raja-raja, malah Raja-raja tidak pernah menolak perkara tersebut.
“Pada hari pertama terang-terang dia (Azmin) kata dia menolak itu dah timbul sebenarnya. Mengikut peraturan Dewan Undangan Negeri Selangor, kita tidak boleh menggunakan mana-mana raja ataupun institusi Raja dalam mempengaruhi dewan. Dia sebenarnya silap di situ, mengatakan Raja menolak walhal surat rasmi daripada Jabatan Perdana menteri mengatakan raja-raja tidak pernah mengatakan Raja-raja tidak pernah membawa perkara ini mesyuarat.
“Tidak pernah dibawa dalam mesyuarat raja-raja. Malah, Raja-raja tidak pernah menolak perkara ini. Apa yang berlaku adalah mereka menarik balik cadangan berkenaan bukan ditolak,”katanya ketika menerusi temubual eksklusif SuaraTV.
Terdahulu, Azmin mendakwa BN mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendedahkan cadangan mereka untuk melantik ketua setiausaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai timbalan pengerusi, SPR.
Bagaimanapun, katanya (Azmin), cadangan berkenaan tidak diterima oleh Majlis Raja-Raja.
“Macam mana dia (azmin) boleh kata tolak itu tidak ada kena-mengena dengan Raja-raja. Jadi dia suka memesongkan perkara itu dan mengenakan orang lain. Jadi begitulah dalam dewan,”katanya yang meminta jawatankuasa menyiasat kenyataan Azmin.
Katanya, sekiranya perlu Azmin dipanggil untuk memberikan penjelasan, maka pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap kes tersebut.
“Beliau kena beri penjelasan kenapa beliau melibatkan raja-raja di dalam hal ini dan beliau juga kena bersihkan sifat integritinya sebagai seorang Menteri Besar. Yang mengiringi Sultan pada setiap kali mesyuarat Raja-raja. Kita tidak mahu ada seorang Menteri Besar yang tidak boleh dipercayai dan menggunakan pula Raja-raja untuk mempengaruhi orang lain. Sikap sedemikian perlu,”katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW