loading...

Trump Bakal Tukar Pasukan

NEW YORK – Bakal Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sekali lagi menukar pasukan peralihannya, sekali gus mengetepikan pakar keselamatan kebangsaan dan pelobi dari bahagian dalaman selepas beliau menamakan dua penyokong Wall Street untuk jawatan utama ekonomi.

 

“Proses ini berjalan lancar dan hanya saya tahu siapa berada dalam senarai akhir,” kata jutawan hartanah itu menerusi akaun Twitter miliknya.

 

Trump mempunyai tempoh kurang daripada 70 hari sehingga hari pelantikannya pada 20 Januari depan untuk memilih anggota Kabinet dan membuat pelantikan lain.

 

Difahamkan, beliau perlu mengisi kira-kira 4,000 jawatan terbuka yang bakal berkhidmat di bawah perkhidmatannya.

 

Sementara itu, ribuan pelajar dilaporkan berarak di jalan utama Washington sebagai membantah kemenangan Trump. Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan tinggi menyertai tunjuk perasaan itu yang bermula tengah hari kelmarin. – Agensi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...