SIMUNJAN – Seekor buaya sepanjang kira-kira 2.4 meter ditangkap selepas tersesat memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lingkau di sini, malam tadi.
Kehadiran reptilia itu disedari oleh pengawal keselamatan bertugas di hadapan pintu masuk sekolah berkenaan kira-kira pukul 9.45 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, sebaik menyedari buaya itu, pengawal tersebut terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan menangkapnya.
Katanya, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 9.47 malam.
“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menangkap buaya berkenaan pada pukul 10.59 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-Utusan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW