loading...

Remaja Lelaki Gigih Buat Kuih Lepas Pulang Kerja Lewat Malam

KUALA LUMPUR – Cerita kegigihan seorang remaja lelaki menjual kuih dimuat naik seorang pelayar di laman Facebooknya menjadi viral, hari ini.

 

Perkongsian status itu turut meluahkan perasaan kagum pelayar terhadap remaja lelaki tersebut yang mempunyai kepakaran luar biasa membuat kuih.

 

Tambah status itu, remaja lelaki berkenaan sanggup membuat kuih selepas bekerja pada jam 12 malam untuk menghantarnya ke tujuh lokasi berbeza.

 

 

“Sudah dekat 2 minggu adik ni hantar kuih sikit-sikit pada akak. Hari ini baru sempat bertanya kepada dia.

 

“Terkedu akak sekejap. Nak menangis akak dengar dik. Tadi akak sempat rasa kuih koleh kacang yang dia buat, sedap,”tulisnya yang menceritakan bagaimana remaja tersebut menghasilkan kuih selepas seharian bekerja.

 

Remaja lelaki itu juga mengakui hidup seorang diri dan membuat kuih demi mengumpul wang bagi perbelanjaan harian.

 

Terdahulu, pelayar sempat bertanya daripada mana remaja berkenaan belajar membuat kuih, pelajar itu menjawab mempelajari beberapa jenis kuih daripada kakaknya.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...