KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan perintah larangan mengadakan perhimpunan yang membabitkan empat kumpulan di Dataran Merdeka esok.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, selain larangan yang dikeluarkan terhadap kumpulan Bersih 5.0 dan kumpulan NGO Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), terdapat dua lagi kumpulan yang akan turut serta dalam perhimpunan di lokasi sama.
“Selain dua kumpulan tersebut, melalui media sosial kita dapati dua lagi kumpulan lain akan menyertai perhimpunan pada Sabtu iaitu kumpulan Baju Putih dan kumpulan Baju Hitam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat. – Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW