loading...

Najib, Trump Setuju Kukuhkan Hubungan KL-Washington

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebooknya berkata, bakal presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

 

Beliau berkata, menerusi perbualannya dengan Trump menerusi telefon hari ini membentuk hubungan yang mesra dan produktif.

 

“Antara lain, perbualan kami menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan Malaysia.

 

“Saya mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangan beliau dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Amerika Syarikat-Malaysia,” tulisnya.
Trump, 70, calon dari Parti Republikan menewaskan lawannya dari Parti Demokrat Hillary Clinton dalam pemilihan presiden awal bulan ini untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...