Kumpulan Sistar telah dikritik oleh peminat gara-gara didakwa mempamerkan hubungan sejenis dalam muzik video terbaharu mereka.
Menerusi single terbaharu berjudul One More Day, mereka dikatakan menyokong aktiviti LGBT.
Muzik video tersebut mengisahkan tentang penyanyi utamanya iaitu Hyorin cs menjalikan hubungan percintaan dengan teman baiknya yang juga merupakan seorang wanita.
Malah kelihatan kedua-dua pelakon dalam muzik video itu melakonkan adegan-adegan romantik sebagai pasangan kekasih.
Akibat daripada lakonan itu, muzik video tersebut telah menjadi perbualan hangat daripada netizen dan pelbagai kritikan.
Sehingga kini muzik video itu sudah ditonton sebanyak 995,745 selepas ia dilancarkan beberapa hari yang lalu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW