loading...

Lin Dan Mohon Maaf, Skandal Aktres China

BEIJING – Pemenang dua pingat emas Olim­pik, Lin Dan memohon maaf secara terbuka selepas berita mengenai hubungan sulit bersama aktres China, Zhao Yaqi tersebar meluas di laman sosial Weibo semalam.

 

 

Agensi melaporkan memetik Kosmo, Lin Dan didapati curang ketika isterinya, Xie Xingfang sedang sarat mengandung sebelum selamat melahirkan anak pertama mereka pada 5 November lalu.

 

 

Menerusi status di­muat naik pemilik akaun Weibo dikenali sebagai Detektif Zhou, gambar yang dirakam ‘paparazi’ itu diambil sekitar awal Oktober lalu.

 

 

“Saya tidak mahu beri sebarang alasan ke­rana perbuatan saya ini telah memberi kesan buruk kepada maruah keluarga sendiri. Saya memohon maaf kepada mereka,” ujar pemain yang dikenali sebagai ‘Super Dan’ itu menerusi satu kenyataan sema­lam.

 

 

Sebagai rekod, Lin Dan merupakan bekas pemain No. 1 dunia dan pernah memenangi pi­ngat emas Olimpik Beijing 2008 sebelum mengekalkan kejuaraan yang sama pada Olim­pik 2012 di London.

 

 

Atlet berusia 33 tahun itu turut dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan mengahwini atlet badminton wanita China, Xingfang pada 2012.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...