LONDON – Seorang kanak-kanak Britain dipercayai satu-satunya individu di dunia yang menderita akibat penyakit misteri, tidak boleh makan atau minum.
Mail Online melaporkan, pakar perubatan masih gagal mengenal pasti penyakit Liam Denner, dimana sistem badan kanak-kanak itu ‘menyerang dirinya sendiri’ jika dia makan atau minum.
Denner yang berusia dua tahun dan berasal dari Atherton, Greater Manchester turut berdepan masalah ketiadaan sistem imun dan terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit.
Keadaan itu membuatkan Denner terpaksa bergantung kepada alat Nutrisi Parenteral (PTN) yang membolehkahnya berdepan masalah kegagalan hati sekali gus memaksa doktor bekerja keras untuk mengenal pasti penyakit tersebut.
Ibu kepada Denner, Zoey Horrocks berkata, keadaan yang dialami anaknya amat menakutkan.
“Doktor melakukan banyak pemeriksaan ke atasnya dan mereka percaya Denner merupakan satu-satunya individu di dunia yang berdepan dengan masalah itu,” katanya.
Horrocks yang juga seorang ibu tunggal berkata, Denner mula mengalami penyakit misteri itu tidak lama selepas dia dilahirkan.
Jelas beliau, setiap kali Denner makan atau minum, sistem badan akan ‘menyerang dirinya sendiri’ mengakibatkannya muntah dan mengeluarkan darah.
“Denner dilahirkan pramatang dan terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami masalah untuk bernafas. Kami kemudian menyedari dia tidak boleh makan dan tidak akan bertolak ansur apabila kami cuba memberinya makanan,” tambahnya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW