loading...

KAFA Tolak Perletakan Jawatan Annuar

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebulat suara menolak hasrat presidennya, Tan Sri Annuar Musa untuk meletak jawatan.

 

 

BH melaporkan, perkara itu disahkan oleh timbalan presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah selepas tamat mesyuarat khas di Shah Alam, sebentar tadi.

 

 

“Kami sebulat suara berpendapat khidmat Annuar masih diperlukan oleh kami untuk memperkasakan bola sepak Kelantan.

 

 

“Kami akan bertemu Annuar dalam masa terdekat untuk ‘memujuk’ Annuar supaya menarik semula surat peletakkan jawatannya,” kata Afandi.

 

 

Keputusan ini sekali gus menyaksikan Annuar terus kekal menerajui badan induk bola sepak negeri Kelantan itu sehingga 2018.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...