KOTA BHARU – BN Kelantan membayangkan hasrat pembangkang untuk menentang parti itu dengan konsep satu lawan satu pada PRU14 tidak akan menjadi kenyataan.
Setiausaha BN negeri, Datuk Hanafi Mamat berkata, ini berikutan syarat ditetapkan oleh Pas pastinya tidak akan dipenuhi oleh parti pembangkang lain, khususnya DAP.
“Mereka mengeluarkan kenyataan politik dan ia bersyarat dengan bersatu atas dasar agama ALLAH. DAP tak mungkin menelan prinsip itu.
“Saya tak yakin mereka akan berpakat dan setakat ini BN sedia hadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku nanti,” katanya.
Menurutnya, Pas juga dilihat terbuka untuk tujuan itu dengan syarat bersatu atas dasar agama ALLAH.
Hanafi berkata, BN tidak akan melihat perkara sedemikian sebagai satu ancaman, sebaliknya terus memantapkan perjuangan jentera di semua peringkat khususnya di negeri ini.
“Kita terus fokus dengan perjuangan parti dan akan memastikan jentera kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia,” katanya.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW