loading...

9 Pemimpin Merah, Kuning Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Sembilan pemimpin Baju Kuning dan Baju Merah ditahan polis setakat jam 10 malam ini.

 

Tujuh daripada mereka pemimpin Baju Kuning, iaitu Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.

 

Pegawai Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh Karpal; aktivis DAP, Ronnie Liu dan aktivis Bersih, Anis Syafiqah Md Yusof serta Lee Khai Meng.

 

Dua lagi adalah Pemimpin Baju Merah, Razali Zakaria, yang ditahan di Masjid Negara dan Ariffin Abu Bakar atau dikenali sebagai Ayah Ipin Keramat, yang ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...