SEPANG – Peminat Formula One (F1) teruja mendapat tanda tangan autograf daripada para pemandu antarabangsa yang menyertai GP Malaysia Petronas 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.
Para peminat turut berpeluang bergambar dengan pemandu F1 pasukan Scuderia Ferrari, Kimi Raikkonen.
Mereka berkumpul seawal 8 pagi.
Perlumbaan GP Malaysia bermula pukul 3 petang tadi turut di meriahkan dengan kehadiran atlet Olimpik dan Paralimpik Rio negara seperti Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa serta atlet paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW