loading...

Pas Tegur Tindakan Kumpulan Baju Merah

SHAH ALAM – Pas tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan baju merah sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di Teluk Intan.

 

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak lain tidak sepatutnya mencetuskan suasana tidak tenteram mahupun melanggar undang-undang semata-mata tidak bersetuju dengan penganjuran Bersih 5.

 

“Tindakan gerakan baju merah itu sesuatu yang tidak begitu elok berlaku dalam konteks demokrasi negara kita.

 

“Bersih 5 mahu buat himpunan itu biarlah mereka ikut keperluan undang-undang yang perlu dipenuhi seperti Akta Perhimpunan Aman dan sebagainya.

 

“Bukannya pihak lain pula ambil tindakan sampai melanggar undang-undang. Jadi, Pas tidak bersetuju dengan cara kumpulan baju merah ini walaupun Pas tidak menyertai Bersih 5,” katanya kepada Sinar Online.

 

Kelmarin, polis menafikan berlakunya pergaduhan besar di Teluk Intan seperti yang didakwa sebaliknya hanya insiden tolak menolak berlaku antara penyokong Bersih 5 dan kumpulan NGO Malaysia itu yang diketuai, Datuk Jamal Md Yunos.

 

Sebelumnya, penyokong NGO Malaysia berkumpul di hadapan pejabat Amanah Teluk Intan bagi menghalang peserta Konvoi Bersih 5, daripada menghampiri Pasar Malam di Teluk Intan.

 

Beberapa klip video berkaitan insiden itu juga telah dimuat naik secara meluas di media sosial sejak semalam.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...