Ekoran daripada kes kebakaran yang melanda wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, satu muat naik status di laman Facebook oleh Syahril A. Kadir berkenaan isu masyarakat yang seringkali mengecam doktor dan pekerja hospital kerajaan yang disifatkan sebagai pemalas dan kuat tidur.
Dalam status berkenaan, beliau menegaskan bahawa, walau dalam keadaan getir sekalipun, doktor dan jururawat hospital kerajaan nyata memberikan seratus peratus komitmen dalam membantu pesakit mereka.
“Dan akhirnya doktor gomen yang kau dakwa pemalas itu, nurse yang kau cakap suka tidur itu dan atendan yang ji cakap useless itulah yang yang berhempas pulas mengangkat sedara mara kau yang sakit turun tngg, menolak katil mereka hingga sampai ke peringkat mendukung mereka demi memastikan keselamatan dan nyawa si pesakit diselamatkan dalam apa jua keadaan!
“Bayangkan betapa mereka sanggup bergadai nyawa, asap, peluh dan kotoran membasahi uniform putih yang mereka sarung, apa bangsa dan agama pesakit tidak mereka hirau dei sebuah tanggungjawab yang mereka sumpah dan galas selama ini,” katanya dalam status beliau.
Namun beliau menambah, masyarakat akan kembali kepada sikap memaki hamun pekerja-pekerja hospital kerajaan setelah perkara ini selesai.
“Dan percayalah, kit takkan tunggu lama untuk kembali memaki hamun dan menulis doktor gomen pemlas, nurse suka tidur dan atendan mereka useless.
“Kerana bagi kita, seorang buat onar, semuanya sama sahaja,” ujarnya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW