KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini selepas dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang dijadualkan.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata keadaan Ahli Parlimen Marang yang kepenatan dengan jadual padat kebelakangan ini, kini bertambah baik.
“Alhamdulillah… keadaan Ayahanda Tuan Guru kini bertambah baik. Sedang beristirehat di IJN dan mengambil rawatan susulan biasa untuk mengawal tahap kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bernama hari ini melaporkan, Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguan setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam, semalam.
Setiausaha Sulit Hadi, Zaihan Mohd Daud dilaporkan berkata, walaupun berdepan masalah kesihatan, Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program. – BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW