loading...

‘KJ Taja Pemuda UMNO Tunai Umrah, Persediaan Bertanding Naib Presiden UMNO?’

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan membelanjakan tidak kurang daripada RM2 juta ringgit untuk menaja semua ketua-ketua pemuda Umno Bahagian menunaikan umrah.

 

Sumber Pemuda Umno yang dihubungi SuaraTV itu berkata, atas sebab yang tidak dinyatakan Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju untuk menaja pakej ‘percutian’ tersebut.

 

“Pada awalnya KJ (Khairy) berhasrat membawa mereka semua (Ketua Pemuda Umno Bahagian) bercuti di Perth Australia namun membatalkan hasrat tersebut kerana dikhuatiri akan menjadi isu sekiranya percutian tersebut diketahui umum.

 

“Atas nasihat rakan-rakannya, mereka kemudiannya menukarkan perancangan tersebut dengan pakej menunaikan umrah dan cara itu masyarakat akan lebih bersimpati dan tidak mempertikaikan isu tersebut. Kesemua mereka telah bertolak semalam dan dijangka pulang pada 10 Mac ini,” katanya lagi yang meminta agar identitinya dirahsiakan sentar tadi.

 

Menurut sumber yang turut ditawarkan untuk mengikuti ‘percutian’ umrah tersebut, kesemua ahli rombongan turut mendapat wang saku sekitar RM2,000 daripada KJ.

 

“Hampir semua ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang pergi, cuma ada sebilangan kecil yang tidak dapat pergi kerana ada yang mempunyai masalah untuk mendapatkan cuti, ada yang terpaksa menghadiri urusan lain dan ada enggan terlibat dengan ‘percutian’ tersbeut kerana khuatir dengan sumber kewangan yang digunakan.

 

“Mereka yang pergi bukan sahaja menerima tajaan penuh namun turut menerima wang poket untuk dibelanjakan sepanjang berada di sana. Kalau dicampur keseluruhan kos perjalanan, wang sagu dan perbelanjaan lain tidak kurang dari RM1.4 juta telah digunakan untuk menaja ‘percutian’ tersebut. Namun isu yang timbul ialah mana KJ duit yang sebegitu banyak? soalnya pula.

 

Sementara itu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘budaya baru’ Umno untuk menjaga kepentingan politik.

 

“Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini kerana pada awalnya saya menjangkakan Menteri Belia Sukan hanya mengekori rombongan Perdana Menteri ke tanah suci namun rupanya beliau membawa satu rombongan yang besar (terdiri daripada) ketua-ketua Pemuda yang ditaja sepenuhnya ditambah dengan perbelanjaan sepanjang mereka disana.

 

“Pada saya ini merupakan ‘budaya baru’ yang dibawa di dalam Umno kerana sebelum ini kita tahu dia (KJ) mengunakan macam-macam cara untuk menjaga karier politiknya di dalam Pemuda tapi apabila ibadah umrah pun digunakan kepentingan peribadi dan politik ia merupakan satu perkembangan yang tidak sihat

 

Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa kecewa apabila melihat ibadah suci bagi umat Islam ini dijadikan alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.

 

“Saya terkejut dan kesal dengan tindakan ini yang sanggup mempergunakan ibadah umrah ini untuk memastikan Pemuda Umno mengikut cakapnya, ia satu yang amat mengecewakan. Seperti yang kita tahu budaya untuk mengawal dan mengepung undi memang telah lama berlaku di Umno, jadi saya tidak menolak tajaan percutian ini ada ‘berbau’ untuk memastikan beliau menang dalam pemilihan jawatan sebagai Naib Presiden Umno kelak.

 

“Namun apa yang sangat saya dikesali apabila ibadah umrah yang merupakan antara kemuncak bagi umat Islam beribadah di tanah suci ini akhirnya hanya menjadi bahan dagangan kerana kepentingan politik. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...