loading...

Pesawat Patah Balik Penumpang Mahu Beryoga

HONOLULU – Pesawat dalam penerbangan ke Jepun terpaksa berpatah balik ke Hawaii apabila seorang penumpang Korea Selatan bertindak ganas tidak mahu duduk di kerusinya kerana mahu melakukan yoga, kata Biro Siasatan Persekutuan FBI.

 

Juruterbang United Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita berpatah balik selepas mendengar Hyongtae Pae menjerit ke arah kru dan menolak isterinya.

 

Pae memberitahu FBI beliau tidak mahu duduk di kerusinya ketika hidangan disediakan dan kembali ke bahagian belakang pesawat untuk melakukan yoga dan meditasi.

 

Beliau menjadi marah apabila isteri dan pembantu penerbangan memberitahu supaya kembali ke kerusinya. “Pae menolak isterinya kerana wanita itu cuba menghentikannya.

 

Beliau berasa isterinya menyebelahi kru penerbangan,” menurut dokumen aduan.

 

Beliau cuba menghantukkan kepala dan menggigit anggota marin yang turut berada dalam penerbangan itu dan cuba memaksa beliau kembali ke tempat duduknya, kata Timbalan Pendakwa Raya Amerika Syarikat, Darren Ching.

 

Menurut aduan, Pae mengancam membunuh penumpang dan menjerit ‘Tuhan tiada.’ – AP

Previous
Next Post »
loading...