loading...

Izreen Azminda Nafi Bercinta Dengan Redza Rosli

Pelakon drama bersiri Kak Mar yang pernah hangat ditayangkan di TV3, Izreen Azminda menafikan desas-desus yang mengatakan beliau kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon baru, Redza Rosli.

BACA: Izreen Azminda, Sherry Ibrahim Terlibat Kemalangan

“Redza cuma kenalan saya sahaja. Kami pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar, tetapi tiada babak pun yang menggandingkan kami bersama.Saya sendiri tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul. Saya kini bahagia dengan status solo dan gembira dengan kehidupan saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Menerusi portal Astro Gempak, Izreen menjelaskan bahawa kadang-kala dirinya berasa rimas apabila sering dikaitkan dengan hubungan cinta lokasi dengan pelakon lelaki yang dianggap sebagai kawan sahaja. Malah baginya, mungkin perkara seumpama ini timbul kerana ramai pihak tidak mengetahui keadaan sebenar beliau.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pengarah yang juga bekas suaminya kini, Muhammad Riza Baharudin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Adrian Umar. Namun perkahwinan tersebut berakhir pada tahun 2014 apabila bekas suaminya melafazkan cerai di set penggambaran selepas berlakunya pertengkaran. (rkty/w)

12120419_562051180636064_607050172_n 12224418_455158984693519_935529714_n 12724677_862392943869678_607571698_n 12748162_547876492059937_453328820_n 12818891_1682766888630023_1530564968_n 12716626_214288952254776_1554650978_n
Previous
Next Post »
loading...