loading...

Satelit ‘Mata’ Jepun Hilang Di Angkasa

TOKYO – Puluhan ahli sains angkasa Jepun terdesak mencari sebuah satelit berharga lebih suku juta dolar yang dihantar untuk mengkaji lubang hitam selepas hilang dari alat pengesan.

 

Satelit berteknologi ultra tinggi dikenali sebagai Hitomi atau ‘Mata’ sepatutnya sibuk berkomunikasi dari orbit, tetapi lokasinya tidak dapat dikesan dengan tepat, kata Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

 

Peranti itu ada berhubung seketika dengan kru sebelum terus hilang, lapor penyelidik Amerika yang beranggapan ia sudah musnah.

 

“Kami memandang serius hal ini,” kata Pengarah Institut Agensi Angkasa dan Sains Astronautik, Saku Tsuneta, dalam sidang akhbar pada Ahad.

 

JAXA yang mempunyai kira-kira 40 juruteknik sedang cuba mencari kapal angkasa itu dan berhubung dengannya, kata seorang jurucakap agensi kepada AFP semalam.

 

Satelit, yang dibangunkan dengan kerjasama NASA, agensi angkasa Amerika Syarikat, dan pelbagai kumpulan lain, dilancarkan pada 17 Februari dan direka untuk memantau imbasan X-ray yang berpunca dari lubang hitam dan kelompok galaksi. – AFP

Previous
Next Post »
loading...