KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Vietnam, VietJet tampil dengan idea kontroversi apabila pemiliknya mensyaratkan setiap pramugari yang bertugas memakai bikini ketika melayan penumpang dalam pesawat.
Pemiliknya, seorang wanita, Nguyen Thi Phuong Thao, memberitahu VietJet menyediakan perkhidmatan itu melibatkan 47 laluan penerbangan di Vietnam serta beberapa denstinasi di Asia termasuk ke Singapura.
“Anda mempunyai hak untuk pakai apa saja yang anda suka, sama ada mahu pakai bikini atau Ao Dai (pakaian tradisional Vietnam).
“Kami tidak kisah dengan individu yang mengaitkan syarikat penerbangan ini dengan imej berbikini,” ujar Thao mengulas
Mengulas lanjut, Thao mengakui senang hati dengan idea berani itu yang berjaya menarik perhatian orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan VietJet.
“Jika itu (imej berbikini) membuatkan orang ramai gembira, maka kami pun turut gembira,” katanya dipetik dari temuramah bersama Bloomberg baru-baru ini.
Thao yang berusia 45 tahun dilaporkan merupakan wanita berstatus bilionaire yang pertama di Vietnam dengan nilai kekayaan mencecah RM3.91 bilion.
Beliau menguasai kira-kira 90 peratus saham dalam syarikat penerbangan VietJet yang beroperasi sejak pada 2014. – SuaraTV

China Cipta Robot Boleh Berubah Bentuk Seperti Tr ...

Ahli Perniagaan Terkenal Kan? Hanya Bercerita ...

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke-3 Azam ...

Warga Emas Cedera Suv Rempuh Restoran Makanan Sege ...