loading...

Netizen Sebar Surat Putera Saud Kepada Najib

KUALA LUMPUR – Tindakan  seorang pengguna laman Facebook memuat naik surat yang didakwa daripada putera Saud Abdul Aziz untuk diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

 

Menurut Aznil Hisham yang merupakan pemilik akaun Facebook terbabit menyatakan surat tersebut telah didedahkan oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

 

Surat yang bertarikh 1 Febuari 2011 itu dengan menyatakan bahawa puteri tersebut kagum terhadap usaha kerajaan Malaysia mentadbir negara berlandaskan prinsip-prinsip islam dan memperkenalkan Islam di mata dunia terutama selepas insiden 9 September.

 

ekoran itu, Beliau didakwa ingin memberikan wang berjumlah USD375 000 000 dalam menyokong pergerakan global tersebut.

 

“Oleh kerana persahabatan yang telah dibina selama beberapa tahun dan idea baharu anda sebagai pemimpin islam moden, dengan ini saya memberikan sejumlah USD375 000 000 sebagai hadiah dan akan diberikan samada melalui akaun peribadi atau akaun syarikat seperti Blackstone Asia Real Estte Partner Limited. ” katanya dalam surat tersebut.

 

Tambah beliau lagi, tindakan tersebut bukan berdasarkan atas kepentingan peribadi.

 

Dalam pada itu, muat naik tersebut telah menarik perhatian netizen seperti yang dilakukan oleh Zania Faizan.

 

“Subhanallah.. Sebenarnya insan terpilih sahaja yang diberi kepercayaan.. Sesungguhnya allah maha mengetahui” katanya.

 

Dalam pada itu, Rizwan Rozlan turut memuat naik komen yang memerli penyokong Tun Mahathir berkenaan isu ini.

 

“Apa la penyembah Tun nak ckap lepas ni…Telan la balik ludah korang tu…Kahkah…Dulu aku dah kata ini duit Saudi.. feels so good to be true” ujarnya. -SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...