loading...

Berebut Borang Tapak Bazar Ramadan, Peniaga Sanggup Tipu Nombor Giliran

PETALING JAYA — Gara-gara tipu nombor giliran, suasana permohonan mendapatkan tapak bazar Ramadan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Stadium Petaling Jaya bertukar kecoh.

 

Proses jualan borang “siapa cepat dia dapat” dan terhad bagi setiap lokasi itu disalah guna segelintir individu yang dipercayai menggunakan nombor giliran palsu supaya mereka dapat memotong barisan, lapor Harian Metro.

 

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ Zainun Zakaria berkata, berlaku sedikit kekecohan ketika pengagihan nombor giliran, namun kejadian itu tidak serius seperti tersebar di media sosial.

 

Katanya, berlaku perbalahan lisan tetapi tidak sampai ke tahap mengasari dan tumbuk-menumbuk antara peniaga seperti maklumat yang tersebar di laman sosial.

 

“Orang ramai tidak patut bertindak melulu dengan menyebarkan perkara belum pasti dan menunggu laporan pihak berwajib supaya tiada salah faham.

 

“Kekecohan itu bagaimanapun diselesaikan pegawai bertugas,” katanya yang menganggap tidak wajar menyalahkan MBPJ kerana tawaran tapak bazar sudah dimaklumkan sejak 9 Mac lalu.

 

“Penjualan borang dilakukan secara ‘siapa datang awal dilayan dahulu’.

 

“Jadi jika mereka mahu menadpatkan tapak perniagaan di kawasan diinginkan, mereka perlu datang awal supaya borang dapat dibeli,” katanya.

 

Umat Islam di Malaysia dijangka mula menunaikan ibadah puasa pada 6 Jun ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 6 Julai depan. – MalayMail

Previous
Next Post »
loading...