KUALA LUMPUR – NGO Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa polis mengambil tindakan ke atas Lim Guan Eng berhubung skandal pembelian banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurut Presidennya, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, pihaknya turut menghantar satu memorandum bagi mendesak DAP mengambil tindakan terhadap Guan Eng.
“Kita minta kesaksamaan dan keadilan terhadap Khir Toyo (bekas Menteri Besar Selangor) supaya Lim Guan Eng juga di siasat dan di dakwa. Kalau dulu Khir Toyo boleh kena siasat dan kena dakwa kita minta benda yang sama juga dilakukan terhadap Guan Eng.
“Kami datang secara baik bukan nak bergaduh kami menghantar memorandum ini di ibu pejabat DAP bagi mendesak pemimpin supaya menghormati agama Islam dan meminta Lim Guan Eng bercuti sebagai Ketua Menteri serta merta Pulau Pinang supaya dapat memberi ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu pembelian banglo, ” katanya yang berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP, disini sebentar tadi.
Ali Tinju turut mendesak pengerusi DAP dan kepimpinan parti berhenti memainkan isu penghinaan kepada pemimpin negara dan agama Islam.
“Kita minta perkara ini dipantau dan dinasihati oleh kepimpinan DAP demi keharmonian dan keamanan negara. Kami gesa mereka yang menjadi ahli parti supayamenghormati sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi negara.
“Kita juga minta selepas ini tiada kenyataan yang rasis yang menghina Islam, kami tidak mahu Cina DAP seperti Guan Eng. Kami mahu mereka menghormati orang Melayu dan agama Islam di negara ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pembelian banglo di Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.– SuaraTV