loading...

Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi

Penyanyi terkenal, Hafiz Suip meluahkan rasa bimbang terhadap bakal isterinya, Nureffy Jasreel, yang ditahan di hospital akibat jangkitan demam denggi sejak Ahad lalu. Kebimbangan beliau bertambah apabila memikirkan perkahwinan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

BACA: Hafiz Suip Nafi Minta Tajaan Kahwin Ratusan Ribu Ringgit

IMG_2016-04-01 09:46:39

“Ini merupakan dugaan yang paling berat apabila tunang saya ditahan di wad kerana demam denggi dan apa yang lebih membimbangkan saya adalah platlet darah dia mencecah rendah sehingga 16 bpl (billion perliter)”

“Saya sungguh risau sehingga bermacam-macam benda negatif bermain difikiran saya, maklumlah demam denggi ini sangat bahaya dan boleh membawa maut, majlis kami pula sudah tidak lama lagi sahaja,” jelasnya kepada portal m Star.

Sementara itu, Hafiz yang mengikat tali pertunangan dengan Nureffy pada Februari lalu berkata, pada ketika ini beliau perlu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada bakal isterinya itu supaya dapat pulih seperti sedia kala dan segala yang dirangcang akan berjalan dengan lancar.

Pasangan yang bakal bernikah pada 14 Mei di Kuching, Sarawak, ini berkata, persiapan untuk majlis berkenaan sudah hampir selesai, majlis pula akan diadakan sebanyak empat kali iaitu majlis khatam Al-Quran, majlis berinai dan dua majlis resepsi iaitu sebelah lelaki dan perempuan. (rkty/w)

10299622_942995399068051_2100218230_n 2- Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi - jpeg 4- Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi - jpeg 5- Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi - jpeg 6- Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi - jpeg 7- Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi - jpeg
Previous
Next Post »
loading...