KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bukanlah perkara asing di kalangan pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Malah isu ini sering kali dibangkitkan apabila ada dikalangan mahasiswa yang begitu berani menyalahgunakan baucar yang diberikan ini secara terbuka.
Terbaru tindakan sekumpulan mahasiswa yang mahu mengunakan BR1M untuk membeli baju dan busana muslimah yang dijual pengusaha label fesyen dalam talian, Mood Republik dikecam pengguna media sosial.
“Hai, just to ask Mood Republik nak nak buka peluang untuk student (beli) guna baucar buku ke? Sebab kami tengah kaya dengan baucar buku tapi tak tahu nak guna untuk beli apa.
“Salam, saya nak tanya Mood Republik ni terima baucar buku tak?
“Hi nak tanya ni, kalau boleh guna BB1M dekat Mood Republik” tulis para pelajar tersebut di ruangan komen laman Instagram Mood Republik.
Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata penguna media sosial yang marah dengan tindakan itu mengecam sikap tidak bertanggungjawab para pelajar tersebut.
“Kerajaan bagi buat beli buku, dia boleh tanya nak beli tudung??? Marah benor aku baca,” kata Diana Yusoff.
“Fesyen lebih penting dari buku (ilmu). Buku=Tak tahu nak buat apa? Geleng kepala juga,” ujar Rosmi Zamzuri.
“Pagi-pagi saya dah gigih menggoogle ape ke mood republik ni,.. Hahaha nampak tak ketinggalan di situ? Tapi memang sedih la, dulu masa study dapat (juga) baucar buku, sampai kena buat pilihan buku mana yang paling beruntung kalau nak beli, rambang mata dibuatnya,” tulis Munirah Mad Yatim.
“Bahagikan pada mereka yang benar-benar memerlukan (dan) yang menghargai, membazir duit je bagi pada budak-budak ini… Huhu entahlah rosak budak-budak sekarang akal letak kat mana,” Noor Hasliza Mohd Derus pula.
Pemberian BB1M yang berjumlah RM250 seorang dilaksanakan kerajaan sejak 2012 bertujuan untuk meringankan beban pelajar membeli buku dan pada masa sama memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda. – SuaraTV