WASHINGTON – Seorang ahli Demokrat yang bertanding untuk Kongres di Nevada mendakwa Ketua Minoriti Senat, Harry Reid tidak menggalakkannya bertanding kerana beliau seorang Muslim.
Jesse Sbaih (gambar) berkata komen daripada rakan Demokrat Nevada itu dibuat ketika mereka berdua bertemu di kasino Las Vegas, Ogos lalu untuk membincangkan pencalonan Sbaih ini.
Sbaih berkata Reid memberitahunya, “secara berterus terang,” agama Islam akan menghalang beliau daripada memenangi perlumbaan.
Jurucakap Reid, Kristen
“Reid memberitahunya dia tidak boleh menang tetapi itu tidak ada kena mengena dengan agamanya,” kata Orthman.
Pertikaian berlaku ketika kempen lantang pendahulu Republikan, Donald Trump yang mahu mengharamkan penganut Islam memasuki AS.
Sbaih, 40, seorang peguam yang berasal dari Jordan, adalah orang baru arena politik yang tidak membesar di Nevada.
Beliau bertanding untuk mengisi kerusi yang dikosongkan anggota Republikan, Joe Heck. – AP

Kad Pekerja Madani Diperkenal, Lebih 1 Juta Ahli N ...

7 Jenis Penyakit Jantung Yang Rakyat Malaysia Per ...

10 Sebab Wajib Terjah Sentai Syurga Peralatan Da ...

#hiburan: Ingat Jual Lipstik Je.. Peniaga Kosm ...