KUALA LUMPUR – Selepas tindakan seorang pengguna laman Facebook Jalil Ismail yang di lihat menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau akhirnya memohon memaaf terhadap tindakan tersebut.
Permohonan maaf tersebut telah dilakukan melalui surat yang di tulis kepada Datuk Seri Najib dan surat tersebut menyatakan beliau dalam keadaan beemosi ketika memuat naik status yang menghina Perdana Menteri itu.
“Saya mengaku bahawasanya saya telah melakukan kesalahan dengan mengeluarkan kata-kata tidak elok kepada Datuk Seri pada ‘posting’tersebut. Saya akui saya sangat beremosi ketika membaca ‘posting’ tersebut ditambah dengan suasana kerja yang agak menekan di luar persisir panti ketika itu. Saya akui saya terpengaruh dengan komen-komen lain yang turut serta berada pada ‘posting’ tersebut.” katanya dalam surat tersebut.
Menerusi surat tersebbut juga, beliau turut menyatakan keinsafan beliau terhadap tindakannya dan berharap Datuk Seri Najib memaafkan beliau.
“Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. sekali lagi Datuk Seri saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.
“Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana ‘posting’ negatif terhadap kepimpinan datuk Seri di media sosial masa masa akan datang.” katanya.
Muat naik tersebut telah menarik minat netizen dan memuat naik komen seperti yang dilakukan oleh Barisan Berani.
“Alhamdulillah.. Semoga menjadi pengajaran pada yg lain di masa akan datang” katanya.
Pemilik akaun Facebook Atika Zalia turut measihati beliau agar tidak melakukan perkara tersebut pada masa akan datang. -SuaraTV