loading...

Ibu Mangsa Bertegas Anak Dibuli, Lidah Digunting

SHAH ALAM – Ibu kepada murid Tahun Dua yang mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri, menegaskan bahawa anak lelakinya dibuli.

 

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, dia mahu pihak polis membuka semula kertas siasatan berhubung kes anaknya.

 

“Saya percaya anak saya dibuli dan dipaksa gunting lidahnya kerana dia berulang kali menyebutnya.

 

“Saya tak akan putus asa. Saya mahu murid-murid yang berbuat salah kepada anak saya dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

 

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memberitahu bahawa tidak wujud unsur buli dalam insiden seorang murid Tahun Dua yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri pada 24 Mac lepas.

 

Beliau berkata, siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan alat tajam berkenaan yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.

 

Ibu mangsa berkata, penceritaan anak lelakinya begitu konsisten setiap ditanya.

 

“Dia sering kali mengadu diganggu di sekolah.

 

“Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi saya mahu keadilan buat anak saya,” katanya. – mstar

Previous
Next Post »
loading...