KUCHING – Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kuching dan Samarahan dilanda banjir kilat, pagi ini.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Kuching, Saiful Azril Zainal, berkata pihaknya sudah mengerah anggota untuk meninjau beberapa kawasan yang dilapor mula dinaiki air.
“Setakat ini, banjir kilat dilaporkan di Jalan Kuching-Serian terutama
kawasan perumahan Batu 12.
“Pemantauan turut dijalankan di tempat lain untuk melihat keadaan air,” katanya.
Sementara itu, pegawai Jabatan Penerangan Sarawak, Baharuddin Mohamad, berkata kediamannya di Tanjung Bundung, Samarahan dinaiki air sejak jam 6 pagi tadi.
Beliau berkata, air naik dengan cepat melepasi buku lali, menyebabkan beberapa barangan tidak dapat diselamatkan.

Berbuka Puasa Dengan Lai Chikang ...

Carta Organisasi Kelas: Maksud & Contoh ...

Along Bakal Mati Syawal Ini? ...

2 Maut Nahas Motosikal Bertembung ...