KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyifatkan Tun Mahathir seorang yang tidak mengenang budi selepas parti mempertahankannya selama 22 tahun pemerintahannya.
Menurut beliau, Tun Mahathir telah dikecam dengan pelbagai tohmahan namun dia tetap menyokong beliau namun kecewa kerana beliau telah beerpaling tadah kerana berkerjasama dengan Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai rasis.
“Dulu cakap lain, dulu suruh sokong parti, dulu nasihat jangan lupa parti, bila kita dah habis kita wajib sokong parti tapi dimana orang itu duduk sekarang, dia duduk dengan orang yang dulu dia kata dia rasis tapi sekarang duduk sebaris dengan mereka.
“kita pertahankan dia 22 tahun, orang kata dia maha Firaun, orang kate di maha firaun, orang kata dia ketua perompak…tapi sekarang duduk sebaris, dimana letak maruah diri, kalau tak ada apa-apa sekurang-kurangnya kita ada maruah.” katanya ketika Majlis Perasmian Perhimpunan Ahli Persatuan BEkas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) dan Pelancaran Kelab Waris.
Tambah beliau lagi, sebarang tindakan yang diambil haruslah berlandaskan Perlembagaan Negara jika tidak negara dan juga parti akan musnah.
“kalau nak buat apa-apa kite mesti berpegang pada perlembagaan negara kalau tidak negara akan huru-hara dan hancur.
“Kalau ada kesilapan betulkan sesama kita… jangan hancurkan negara..jangan hancurkan parti… kerana jika parti hancur maka hancurlah negara.” Ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengesa semua pihak agar tidak melayan kerenah puak-puak yang menentang kerajaan ini kerana banyak lagi tugas yang lebih penting demi rakyat dan negara perlu dilakukan.
Terdahulu, seramai 500o orang ahli Bekas Anggota KEMAS Malaysia dan Kelab WARIS telah hadir dalam majlis tersebut dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. – SuaraTV