KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Mohamad Faizal Mohd Ali, 42, atau di kenali sebagai Wan Shades akan menfailkan permohonan saman malu ke atas portal hiburan Rotikaya atas dakwaan mengeluarkan artikel fitnah terhadap dirinya.
Peguam kepada penyanyi tersebut, Mohd Irwan Mohd Mubarak ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya akan menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang, esok.
“Wan Shades melalui Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak akan menfailkan saman malu terhadap laman web tersebut kerana mengeluarkan artikel fitnah ke atas anak guaman kami.
“Artikel yang bertajuk “Wan Shades suspek Utama penyanyi kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama 7 tahun” yang diterbitkan pada 20 Februari 2012 itu turut memaparkan wajah Wan Shades yang secara jelas menfitnah beliau sebagai suspek utama yang ditahan oleh pihak,” katanya sebentar tadi.
Melalui saman tersebut Wan Shades turut menuntut ganti rugi teruk sebanyak RM1 juta.
Wan Shades 4 tahun lalu pernah membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana bagi membersihkan namanya yang dikatakan sebagai suspek yang melakukan serangan seksual tersebut.
Beliau mendakwa selain menyebarkan artikel firnah portal hiburan tersebut truut menjatuhkan maruah dan memburukkan nama serta kredibilitinya yang pada ketika itu memegang jawatan penting dalam Pertubuhan Silat Seni Gayung. – SuaraTV